Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Terasa hendak menulis post yang "berat" sikit, jadi nak tulis dalam melayu pula tambahan pula sekarang ni "semua" tengah bising-bising mengenai ketuanan melayu yang kian terhakis. Kali ni nak menulis dari kaca mata seorang pelajar. Sedang semua orang masih terkejut dengan tsunami pilihan raya hari tu, seorang sahabat yang pernah memegang jawatan presiden dalam salah sebuah kelab besar di MMU tiba-tiba ym saya, agaknya kerana status ym saya "...who own the last laugh?" masa tu. Saya petik sedikit ym kami tu :

xxx: siape yg own?
Badruz: tu la pasal
Badruz: tak tau lg
Badruz: tgk la esok
xxx: tp kat penang da konfirm la DAP yg own..yg nangis? org melayu yg ilang DEB...
xxx: org melayu yg sebok gadoh same sendirik
Badruz: tu la
xxx: yg tak best kite ni org melayu yg sebok gadoh same sendirik..
xxx: org cine tak pedulik da..
xxx: pangkah dap da sume..
xxx: bkn nk racist dowh..
xxx: tp mmg significant gile

Walaupun pandangan kami agak berbeza, tapi sekurang-kurangnya saya amat bersyukur apabila tanggapan saya bahawa pelajar-pelajar MMU tidak mengambil tahu perkembangan politik Malaysia adalah salah. Esoknya saya terserempak dengan sahabat tadi dan sekali lagi saya kagum apabila dia memulakan bicara dengan "ha,bad..ko tgk budak-budak MMU skang ni, piliharaya luar,politik luar semangat cakap macam-macam tapi bende jadi depan mata,dalam campus semua buat tak tau je", rupanya die ingin menimbulkan isu Christian Fellowship dan Dharma Sharing Group yang semakin aktif dan kuat di MMU Cyberjaya sedang kelab "kita" sendiri tidak besar-besar, tiap-tiap kali program orang-orang sama sahaja yang terlibat malah bilangannya juga makin berkurang. Saya bersetuju dengan dia apabila dikatakan pihak yang bertanggung jawab samada dari kalangan pelajar (MPP) atau pihak pengurusan MMU perlu mengambil tindakan yang sepatutnya bagi mengawal gerakan seperti ini. Tahun lepas ada yang telah bercakap dengan saya mengenai satu parti di cyberia yang mana terdapat pelajar muslim kita walaupun bukan dari Malaysia atau Melayu terang-terangan mengaku bukan lagi islam,menurutnya lagi parti tu dianjurkan oleh salah satu gerakan diatas.
Sehari sebelum perbincangan tersebut, saya melalui central plaza dan telah diberi satu calendar poket yang saya tak tahu dari siapa, setelah disiasat rupanya itu adalah juga anjuran CF dengan kerjasama salah sebuah kelab di MMU, entah macam mana program sebegini boleh dibiarkan dianjurkan dalam MMU. Walaupun semua poster, banner dan promonya didalam MMU menyatakan ia dianjurkan oleh CARE Club. Tetapi apabila melihat blog program tersebut
link memang terserlah Chirstian Fellowship terlibat sama sebagai penganjur program yang katanya untuk memupuk rasa cinta dan sayang dikalangan pelajar. Paling menyedihkan ada pelajar melayu islam yang terlibat dalam program tersebut malah membuat persembahan pada CARE Nite tersebut.
Apa yang mendorang saya menulis hari ini adalah apabila saya terbaca dalam salah sebuah blog yang popular di Malaysia
http://kennysia.com/ mengenai mystique nite di MMU Melaka. Saya pinjam salah satu gambar dari blog tersebut, lihat dan renungkan sendiri :

Tepuk dada, tanya iman. Bagaimana generasi yang akan dilahirkan universiti selepas ini? walaupun dinner tersebut di MMU Melaka, di MMU Cyberjaya sahaja tidak kurang dari 4 Prom nite yang akan dianjurkan sepanjang bulan ini dan bulan depan, antaranya ISS nite oleh international students society, E-Night oleh Engsoc dan Masquerade Nite oleh CMC. Saya teringat semasa masih memegang jawatan sebangai exco SRC ada cakap-cakap yang tidak puas hati apabila tidak dianjurkan "U-Nite" yang mengabungkan semua faculti seperti tahun-tahun sebelumnya. Agaknya sebab itulah tahun ini semua faculti berlumba-lumba menganjurkan prom nite masing-masing dan sebab itu jugalah saya tak "dipilih" lagi tahun berikutnya kerana dikatakan "berlagak baik".
Persoalannya sekarang, siapakan yang hendak dipersalahkan? Pengurusan pelajar? pemimpin pelajar? atau kita sendiri? Paling mengecewakan apabila pelajar-pelajar yang baru mendaftar di MMU didedahkan dengan budaya sebegini seawal program suai kenal lagi dan apabila perkara ini dipersoalkan pada yang bertanggungjawab jawapannya "aku takleh buat apa-apa, X yang inchage OC". Lemah sangatkah kita yang mahu mencegah kemungkaran? kalau mahu menganjurkan program-program besar bahkan sampai ke peringakat antarabangsa kita begitu bersemangat dan yakin.
"Apabila melihatkan kemungkaran, hendaklah seorang muslim itu menghalang melalui tangannya jika tidak mampu melalui mulutnya. Sesungguhnya, selemah-lemah iman apabila seseorang muslim itu hanya menghalang dengan hatinya(membencinya) "
Agak-agaknya kita ditahap iman yang mana? jangan sampai kita tidak ada secebis iman pun dalam hati ini. Renung-renungkan, selamat beramal. Wasalam..