A long feat: (Above) Students from the Multimedia University in Cyberjaya cheering upon hearing the announcement that they had broken the Guinness Book of World Records for the world's longest barg kebab by creating one that was 2.016km long. The last world record was set in Denmark for a barg kebab that was 1.5km long. More than 250 students (below) made the kebab which required 3.5 tonnes of chicken meat costing RM24,000.
Penulis agak terkejut dengan view yg dicapai oleh blog ini setelah membuat komen dalam artikel oleh saudara yusamir..pergh..giler ar...ramai yg berminat dalam bende2 macam ni rupanya..hehehe
Assalamulaikum,
Ternyata begitu ramai yg tertarik dengan apa yang diperkatakan didalam blog ini . Malah view pada blog penulis sendiri meningkat mendadak dari purata 2 view sehari kepada 12 view pada 9 march, ketika komen ini ditulis,jam 1030pg, cuma terdapat 2 view untuk blog penulis tetapi penulis yakin view tersebut akan terus meningkat sehinggalah suatu semua orang telah bosan dengan isu ini - seperti yg diperkatakan mantan perdana menteri kita "melayu mudah lupa" dan terbukti apabila berlaku kenaikan harga petrol ( yang dapat dibantu dengan mengunakan produk stromberg ini) semua orang bising,tunjuk perasaan disana-sini, memorandum,petisyen artikel-artikel panas ditulis, tetapi malangnya hanya pada minggu pertama kenaikan harga petrol,setelah itu isu yg begitu hangat diperkatakan sebelum itu dilupakan begitu sahaja. Maknanya kerajaan tidak perlu risau dengan tentangan dari rakyat kerana masalah itu akan berakhir dalam seminggu sahaja.
Berbalik kepada topik kita, terlebih dahulu, ingin penulis memohon maaf kerana link yang penulis letak pada komen yg lalu tidak dapat digunakan- untuk download kertas perjanjian dan akad tersebut, sila lawati blog penulis dan link tersebut terdapat pada post yang sama dengan komen yang lalu. Apa yang ingin penulis nyatakn dalam komen kali ni pula bukanlah mengenai riba lagi kerana tujuan penulis bukanlah untuk menyatakan si dia salah dan si anu itu yang betul, penulis hanya ingin menerangkan dengan terperinci mengenai system dalam jai network ini dan biar pembaca sendiri membuat penilaian adakah sistem ini haram atau tidak, berdasarkan pengetahuan dalam ilmu agama dan dengan penjelasan yang ada, pembaca bole membawa persoalan ini kepada mana-mana guru agama yg diyakini oleh pembaca sendiri. Penulis hanya tidak mahu pembaca terus yakin dengan apa yg dinyakan sebelum ini dan mengatakan sistem ini haram atau pun jika pembaca ingin menyiasat sendiri pun, iaitu dengan bertanyakan kepada ustaz yang diyakini ilmu agamanya, apa yang akan berlaku adalah:
pengkaji : Assalamulaikum,ustaz ade satu orang datang dan die ckp kita boleh melabur dalam sistem baru ni, sistem ini diperkenalkan oleh jai network dan katanya kalau kita melabur seribu,dalam lapan bulan kita akan dapat dua ribu. Menurut ustaz la kn, peniagaan macam ini haram atau halal ? ustaz : Ustaz tak boleh nk cakp halal atau haram, tapi kalau kita cuma bagi duit dan tanpa sebarang usaha, ternyata la sistem ini haram
Sudah tentu dialog yg berlaku tidak seringkas itu, tetapi secara kesulurannya itu yg akan berlaku jika yg bertanyakn itu sendri tidak jelas ngan sistem yg ingin depersoalkan itu. penulis tidak mahu menyalahkn tuan punya blog, atau dalam kes diatas yg penulis namakan pengkaji kerana mmg dalam banyak promosi yg dilakukn, semua nya menyatakn "ingin gandakan wang anda?" atau "pulangan 200% tanpa perlu bersusah payah". Oleh sebab itulah penulis telah menyatakan dengan jelas dalam komen yg lalu bagaimana urus niaga ini dilakukn.
Apa yg ingin dinyatakan dalam komen ini ialah artikel yg ditulis ini penuh dengan kata-kata indah,begitu juga dengan komen yg ditulis kepada artikel ini. Tetapi sejauh manakah kata-kata indah itu relevan dengan apa yg diperkatakn?contohnya
sy dok tercari-cari gak mane quote yg mengatakan sdr Yus isytihar secara langsungnya perkara ini haram? emm,mungkin telepas baca.jgn kita terlalu zalim atau kejam dlm meletakkan sesuatu hukum komen oleh saudara yg dinamakan Anonymous
dan
SAYA TIDAK PON KELUARKAN STATEMENT MENGATAKAN SKIM INI HARAM ATAU HALAL komen kembali oleh saudara yusamir
Sedangkn telah penulis quote kan dalam komen pertamanya:
Misalnya pelaburan Stromberg,mereka menjanjikan pulangan tetap iaitu jika melabur Rm 1000 maka pulangan sebanyak Rm 2000 dalam masa 8 bulan (precentage 200% pulangan setiap pembelian lot-lot ini).Ini bermakna pelaburan ini adalah tetap dan jika ini berlaku ini bukanlah pelaburan tapi riba’. Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan untung ini adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan.
dari artikel asal saudara yusamir
untuk pengetahuan pembaca, komen ini asalnya ditulis dalm blog penulis sendiri dan kemudiannya dipaste pada blog saudara yusamir, jadi beberapa format seperti url link dan quote tidak jelas, jd jika pembca tidak jelas dengan membaca komen ini, sila lawati blog saya. Yang menghairankan saya, begitu jelas sekali tuan empunya blog menulis perniagaan ini adalah riba(lengkap dengan UPPERCASE lagi), tetapi saudara anonymous dan saudara yusamir sendiri mempersoalkn adakah ada dinyatan dalam artikel asal tentang pernyataan "stromberg ini halal atau haram" adakah kerana terdapat riba yg halal atau sekurang-kurangnya makhruh meneybabkn apabila dinyatakn sesuatu itu riba tidak semestinya setuatu itu haram?
keduanya
tp kalo kite nk kata halal,kite kne kemukakan secara ilmiah, bukan logik akal jgn melulu dgn amarah sendiri,sbb kengkadang manusia melakukan kesilapan.sbb apa? because we are nothing to blame the imperfection.ok? kalau nk bincangkan secara logik perkara ni,sy ada byk perkara nk ajak rakan2 fikir.bak kata org "points to ponder".bincang secara ilmiah,boleh kn?
komen oleh saudara yg dinamakan Anonymous
Sungguh indah sekali,tetapi malangnya dalam tak sedar, ternyata ada percanggahan dalam tulisan saudara sendiri. buktinya :
apakah sebenarnya yg dimaksugkn secara ilmiah itu? dengan menyatakan dalil-dalil naqli?maka jika tidak ada dalil-dalil naqli maka tidak ilmiah lah artikel tersebut? telah saya nyatakan komen saya tidak ditulis berdasarkn mana-mana kajian intensif, jadi saya tidak akan semudahnya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran kerana semua ayat dalam al quran adalah suci dan benar, dan penggunaan ayat tersebut dalam cara(dalam kes ini artikel) yg tidak sesuai boleh menimbulkan fitnah yg amat besar.
adakah dengan menerangkan konsep sebenar sesuatu perkara, kita adalah melulu dengan amarah sendiri?
jika kita tahu kita tidak perfect. kenapa kita kidak boleh menyatakan pengetahuan yang kita ada supaya jika kita salah, boleh diperbetulkn?
"bincang secara ilmiah" apakah yg dimaksudkn dengan frasa tersebut? adakah dengan memanggil orang bergelar Dr atau Prof, dilakukan setelah dipromosikan si dalam kaca tv atau sekurang-kurangnya di central plaza dan dilakukan dengan amat formal baru dikatakn ilmiah, bagi saya ilmiah cukup setakat ape yg diperkatakan disokong dengan fakta-fakta yg jelas, jd kesimpulan nya artikel dr yusamir dan komen pertama penulis juga cukup ilmiah.
seterusnya, adakah cukup ilmiah jika org yang berkata-kata itu tidak menyatakan siapa diri mereka? Sebab utama penulis meletakn signiture yg begitu lengkap ialah supaya pembaca dapat mengetahui siapa penulis, dapat melawat blog penulis untuk mengenali penulis serba sedikit, ingin dinyatakan disini, penulis bukan lah pendakwah sepenuh masa, dapat dilihat di blog penulis, penulis menjalani kehidupan sebagai pelajar biasa dan oleh sbb itulah penulis tidak semudahnya meletakkn ayat-ayat suci al-Quran tanpa kajian mendalam.
seterusnya,
[Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).]
sekarang ini,persoalannya,perlu ke kita bayar RM500 untuk 2 set Stromberg (khususnya ; Stromberg Power Booster,yang harganya sekitar 70USD).kalau perlu,apa kita kaji balik apa yang UZAR cakap tu?
dinyatakn oleh saudara juan1415 dan yusamir
Saya tidak paham apa yg dimaksudkn dgn ayat terakhir "khususnya ; Stromberg Power Booster,yang harganya sekitar 70USD" ketika komen ini ditulis, 1USD = RM3.5021 jadi 70 USD = 245.96 MYR jadi harga ini adalah harga biasa bagi produk seperti ini. Dan adakah saudara telah mengunakan produk tersebut sehingga mempersoalkn produk tersebut, penulis telah menggunakn produk ini lebih seminggu, sudah tentu dalm tempoh hanya seminggu tiada perangkaan yang boleh dibuat oleh penulis, tetai penulis telah dapat merasai penggunaan petrol telah berkuarang dan pick-up kereta adalh lebih baik. lawati http://www.strombergpowerbooster.com/feedbacks.htm untuk testimoni dari penguna lain, jadi dengan waranty selama 7 tahun, harga tersebut adalah bersesuaian. Maaf kerana penulis tidak dpt menerangkn secara teknical bagimana stromberg berfungsi kerana limitasi masa. bagaiman pun jika dirasakn perlu, penulis akan cuba meluangkan masa untuk menyediakn penerangan secara teknikal.
Akhir sekali.
Dan saya sebanrnya merasa tidak senang apabila sistem ini mengunkan nama PPIM dan Ustaz zaharudin.Kerana dalam pengeahuan saya,ustaz zaharudin pun sama macam saya masih dalam pengkajian dan beliau sudah buat beberapa knyataan tentang em-pay dan sebagainya,Masakan ustaz zaharudin mnyokong ketika beliau sendiri belom pasti..Adakah ini satu penipuan diatas penipuan?
saudara yusamir
Sila layari http://www.muslimconsumer.org.my/ppim/forum_viewtopic.php?11.1577.0#1592 untuk membuat pertimbangan sendri adakah nama PPIM dipergunakn atau tidak. Saya tertarik dengan "Masakan ustaz zaharudin mnyokong ketika beliau sendiri belom pasti" yg dinyatakan oleh saudara yusamir. Adakah dalam http://www.zaharuddin.net/v1/index.php terdapat artikel yg menyatakn stromber adalah riba(saya tidak menggunakn perkataan haram memandangkan ramai yg mempersoalkn yang tidak dinyatakn dalam artikel pn bahawa stromber ini haram).
Juga tertarik dengan kata "alhamdulilah kerana usaha saya untuk menyedarkan pelajar2 mmu berfikir telah tercapai" bg saya ini bukn boleh dikatan kejayaan lagi memandangkn berdasarkn komen dan artikel yg ditulis, begitu banyak percanggahan yg tidak sepatutnya dilakukn oleh orang yg berfikir secara mendalam.
Bagi yang telah biasa berurusan dengan penulis, tentu pernah mendengat " dont get all mad with me when im wrong, just prove to me that im wrong" kerana penulis juga bencikn kemungkaran
Sekian terima kasih, wassalam
Segala yang baik dari Allah S.W.T manakala yang buruk itu juga dari Allah S.W.T yang disandarkan pada kelemahan insan seperti penulis. BADRUZ NASRIN BIN BASRI Students' Representative Council 06/07 MMU Cyberjaya 013-5102294 badruz@mmu.edu.my | badruz_87@yahoo.com | dominggo@gmail.com
Alhamdulillah, penulis kagum dengan usaha tuan empunya blog dalam menghasilkan artikel ini, lengkap dengan hasil siasatan yang telah menukar pandangan penulis yang selama ini beranggapan amat sukar mencari pelajar universiti multimedia(lagi-lagi dari kampus cyberjaya) yang berusaha keras untuk tergolong sebagai pemikir dan bukan hanya berusaha untuk tergolong dalam golongan pekerja.
Jika diamati artikel dari tuan empunya blog ini,lebih 80% dari keseluruhan artikel menerangkan dengan begitu terperinci sekali maksud riba(begitu lengkap sekali,Syabas kepada saudara Yusamir!!) dan mengapa tuan empunya blog berangapan perniagaan yang dibawa oleh jai network ialah riba. Sebenarnya, sebelum tuan punya blog ini adalah sahabat kepada penulis sendiri dah telah menjempun penulis untuk membaca hasil kajian yang dibuat oleh saudara Yusamir. Jelas sekali pada masa saudara yusamir menjemput penulis membaca artikel ini, telah timbul pertentangan pendapat antara saudara Yusamir dengan penulis. Tetapi pengalaman penulis berurusan dengan pelbagai golongan pelajar dan pelbagai golongan akademik menyebabkan penulis tidak menyatakan pendapat penulis pada masa tersebut kerana mengetahui saudara yusamir akan menghadiri taklimat yang dibuat dibuat boleh beberapa saudara saya dari University Multimedia kampus Melaka yang terdiri dari golongan pemimpin pelajar(dari kalangan AJK tertinggi institusi Usrah Melaka sendiri,maaf kerana tidak mengunakan "golongan berstatus dalam organisasi Islam" kerana penulis percaya,jika kita mahu bercakap mengenai kebenaran, maka setiap perkara perlu dinyatan dengan jelas),saya percaya saudara Yusamir akan menukar pendapatnya setelah mendengar taklimat tersebut.Bagaimanapun penulis sendiri tidak pasti sama ada saudara telah mendengar taklimat tersebut sehingga ke penghabisan kerana penulis terpaksa bergegas ke tempat lain kerana ada hal lain yang lebih penting.Sebaik penulis pulang kerumah, penulis terus membaca artikel ini dengan harapan saudara yusamir telah melakukan pindaan terhadap artikel yang ditulisnya.Tetapi ternyata tuan empunya blog ini lebih yakin dengan kajian yg dibuatnya selama semalam berbanding taklimat yang didengarnya(atau beliau juga tidak mendengar taklimat tersebut sehingga ke penghabisan)
Pertama sekali, penulis memohon maaf kerana komen ini bukan ditulis hasil dari sebarang kajian intensif. Cuma ditulis berdasarkan pengetahuan sedia ada hasil dari kajian yang dibuat sebelum penulis menyertai konsep stromberg ini, jadi komen penulis tidaklah komprehensif seperti artikel saudara Yusamir. Keduanya, pada pendapat saya saudara yusamir telah melakukan kajian yang meluas terhadap semua MLM yang terdapat di Malaysia tetapi, kajian yang meluas sebegitu menyebabkan saudara tidak begitu memahami consep dalam Jai network ini.
Misalnya pelaburan Stromberg,mereka menjanjikan pulangan tetap iaitu jika melabur Rm 1000 maka pulangan sebanyak Rm 2000 dalam masa 8 bulan (precentage 200% pulangan setiap pembelian lot-lot ini).Ini bermakna pelaburan ini adalah tetap dan jika ini berlaku ini bukanlah pelaburan tapi riba’. Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan untung ini adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan.
Pernyataan tersebut jelas menunjukkan betapa penulis tidak memahami konsep sebenar yang dibawa jai network ini. Ini kerana dalam konsep yang dibawa Jai Network, tiada istilah "lot" kerana ini merupakan jual beli, bukannya pelaburan seperti yang dinyatakan oleh saudara Yusamir dan barang yang diniagakan ialah Stromberg iaitu penjimat minyak yang dijual secara set-set. Setiap set stromberg ini dijual dengan harga RM250 kepada sesiapa yang berminat. Saya tidak menyalahkan saudara kerana salah tanggapan yang berlaku. Penulis sendiri beberapa kali menolak untuk menyertai sistem ini kerana tanggapan yang sama dengan saudara Yusamir. Ini kerana cara yang dibawa oleh mereka-mereka yang telah menyertai sistem ini tidak ubah seperti yang dibawa oleh sistem MLM yang lain iaitu "gandakan wang anda tanpa perlu bersusah payah" . Oleh itu saya ingin nyatakan disini jumlah minima yang diperlukan untuk menyertai system ini berserta dengan keterangan lengkap :
Jumlah Minima RM1580
Rm 1000 = 4 set stromberg (4 X 250) RM 1000 inilah yang dikatakan RIBA oleh saudara yusamir. Ingin ditimbulkan disini, sejauh mana saudara memahami konsep perbankan islam(contohnya pinjaman perumahan oleh bank islam) ? Bank islam turut pinjaman perumahan yang telah diiktiraf bersih dari riba. Bagaimana pinjaman perumahan ini dilakukan, caranya ialah - contohnya rumah tersebut berharga RM350k , Pihak bank akan membeli rumah tersebut dan menjual kepada peminjam dengan harga RM385k dan peminjam diberi tempoh masa selama beberapa tahun untuk membayar RM385k tersebut. Jelas tiada unsur riba bukan, saudara yg telh terlibat dengan perniagaan tentu tahu jika kita membeli barangan(rantai kunci contohnya) dari pembekal dengan harga rm 2 contohnya, kita berhak menjual kepada penguna dengan harga rm2.5 malah rm3. Itu tidak dikatakan riba bukan? dan kita boleh menetapkan bila penguna perlu membuat bayaran bukan? Nah, inilah yang dilakukn dalam Jai Network. RM 1000 ini merupakan kita membeli 4 set stromberg dari Bagai Wangsa Sdn. Bhd.(anak syarikat Jai Holding Bhd yang merupakan pengimport produk dari german ini) click disini untuk melihat perjanjian membeli produk dari Bagai Wangsa Sdn. Bhd. Kemudian, 4 set produk stromberg yang telah menjadi milik peserta, dijual pula kepada Jai Network Sdn Bhd(anak syarikat Jai Holding Bhd yang merupakan pengedar barangan tersebut di Malaysia, Thailand dan Indonesia) click disini untuk melihat perjanjian menjual produk kepada Jai Network Sdn Bhd. dalam perjanjian ini peserta yang merupakan pemilik produk tersebut menjual barang kepada Jai Network Sdn Bhd dengan harga RM2000 dan menetapkan tempoh 8 bulan sebagai tempoh Jai Network Sdn Bhd membayar secara ansuran sebanyak RM2000 tersebut. Nah! dimanakah terdapat unsur-unsur riba dalam dua jual beli ini?
RM500 = Dua set stromberg yang akan diberi kepada peserta selepas membuat bayaran. Maknanya disini kita membeli 2 set stromberg yang berharga RM250 setiap satu. Adakah membeli barangan juga dikatan riba?
RM50 = Yuran pendaftaran untuk menyertai system ini. Peserta skim ini akan diberi beberapa kemudahan lain seperti kursus dll, adakan yuran penyertaan boleh disalah ertikan sebagai riba?
RM30 = RM10 X 2(Setem pada dua kertas perjanjian jual beli yg dibuat,kertas perjanjian ini diurus oleh firma guaman sah yang dilantik oleh Jai Holding bhd) dan RM10 lagi adalah harga untuk kedua-dua kertas perjanjian tersebut.
bayaran RM500 dan M 50 tersebut adalah sekali seumur hidup, dah setiap kali peserta ingin membuat pelaburan tambahan (dalam gandaan RM1000) , RM 30 akan dikenakan sebagai caj pengurusan.
juga terdapat akad antara wakil dari pihak Jai Holding dangan peserta dalam jual beli tersebut, click disini untuk melihat akad jual beli tersebut.
Diharapkan penerangan saya cukup lengkap untuk membetulkan tanggapan yang pada pendapat saya tidak patut ada pada seorang pelajar selalu berhati-hati dalam menyatakan pendapat. Kerana pendapat yang salah boleh menimbulkan masalah yang amat besar terutamanya dari segi hubungan kita sesama islam. Hendaklah kita ingat bersama, jangan lah kita mengharamkan sesuatu yang halal, dan meghalalkan sesuatu yang haram.
Sekian terima kasih, wassalam
Segala yang baik dari Allah S.W.T manakala yang buruk itu juga dari Allah S.W.T yang disandarkan pada kelemahan insan seperti penulis.
BADRUZ NASRIN BIN BASRI Students' Representative Council 06/07 MMU Cyberjaya 013-5102294 badruz@mmu.edu.my | badruz_87@yahoo.com | dominggo@gmail.com