Edited - 20 April 2007
Komen UZAR mengenai Jai Network
Demo Stromberg
original post -->
Penulis agak terkejut dengan view yg dicapai oleh blog ini setelah membuat komen dalam artikel oleh saudara yusamir..pergh..giler ar...ramai yg berminat dalam bende2 macam ni rupanya..hehehe
Assalamulaikum,
Ternyata begitu ramai yg tertarik dengan apa yang diperkatakan didalam blog ini . Malah view pada blog penulis sendiri meningkat mendadak dari purata 2 view sehari kepada 12 view pada 9 march, ketika komen ini ditulis,jam 1030pg, cuma terdapat 2 view untuk blog penulis tetapi penulis yakin view tersebut akan terus meningkat sehinggalah suatu semua orang telah bosan dengan isu ini - seperti yg diperkatakan mantan perdana menteri kita "melayu mudah lupa" dan terbukti apabila berlaku kenaikan harga petrol ( yang dapat dibantu dengan mengunakan produk stromberg ini) semua orang bising,tunjuk perasaan disana-sini, memorandum,petisyen artikel-artikel panas ditulis, tetapi malangnya hanya pada minggu pertama kenaikan harga petrol,setelah itu isu yg begitu hangat diperkatakan sebelum itu dilupakan begitu sahaja. Maknanya kerajaan tidak perlu risau dengan tentangan dari rakyat kerana masalah itu akan berakhir dalam seminggu sahaja.
Berbalik kepada topik kita, terlebih dahulu, ingin penulis memohon maaf kerana link yang penulis letak pada komen yg lalu tidak dapat digunakan- untuk download kertas perjanjian dan akad tersebut, sila lawati blog penulis dan link tersebut terdapat pada post yang sama dengan komen yang lalu. Apa yang ingin penulis nyatakn dalam komen kali ni pula bukanlah mengenai riba lagi kerana tujuan penulis bukanlah untuk menyatakan si dia salah dan si anu itu yang betul, penulis hanya ingin menerangkan dengan terperinci mengenai system dalam jai network ini dan biar pembaca sendiri membuat penilaian adakah sistem ini haram atau tidak, berdasarkan pengetahuan dalam ilmu agama dan dengan penjelasan yang ada, pembaca bole membawa persoalan ini kepada mana-mana guru agama yg diyakini oleh pembaca sendiri. Penulis hanya tidak mahu pembaca terus yakin dengan apa yg dinyakan sebelum ini dan mengatakan sistem ini haram atau pun jika pembaca ingin menyiasat sendiri pun, iaitu dengan bertanyakan kepada ustaz yang diyakini ilmu agamanya, apa yang akan berlaku adalah:
pengkaji : Assalamulaikum,ustaz ade satu orang datang dan die ckp kita boleh melabur dalam sistem baru ni, sistem ini diperkenalkan oleh jai network dan katanya kalau kita melabur seribu,dalam lapan bulan kita akan dapat dua ribu. Menurut ustaz la kn, peniagaan macam ini haram atau halal ?
ustaz : Ustaz tak boleh nk cakp halal atau haram, tapi kalau kita cuma bagi duit dan
tanpa sebarang usaha, ternyata la sistem ini haram
Sudah tentu dialog yg berlaku tidak seringkas itu, tetapi secara kesulurannya itu yg akan berlaku jika yg bertanyakn itu sendri tidak jelas ngan sistem yg ingin depersoalkan itu. penulis tidak mahu menyalahkn tuan punya blog, atau dalam kes diatas yg penulis namakan pengkaji kerana mmg dalam banyak promosi yg dilakukn, semua nya menyatakn "ingin gandakan wang anda?" atau "pulangan 200% tanpa perlu bersusah payah". Oleh sebab itulah penulis telah menyatakan dengan jelas dalam komen yg lalu bagaimana urus niaga ini dilakukn.
Apa yg ingin dinyatakan dalam komen ini ialah artikel yg ditulis ini penuh dengan kata-kata indah,begitu juga dengan komen yg ditulis kepada artikel ini. Tetapi sejauh manakah kata-kata indah itu relevan dengan apa yg diperkatakn?contohnya
sy dok tercari-cari gak mane quote yg mengatakan sdr Yus isytihar secara langsungnya perkara ini haram? emm,mungkin telepas baca.jgn kita terlalu zalim atau kejam dlm meletakkan sesuatu hukumdan
komen oleh saudara yg dinamakan Anonymous
SAYA TIDAK PON KELUARKAN STATEMENT MENGATAKAN SKIM INI HARAM ATAU HALALSedangkn telah penulis quote kan dalam komen pertamanya:
komen kembali oleh saudara yusamir
Misalnya pelaburan Stromberg,mereka menjanjikan pulangan tetap iaitu jika melabur Rm 1000 maka pulangan sebanyak Rm 2000 dalam masa 8 bulan (precentage 200% pulangan setiap pembelian lot-lot ini).Ini bermakna pelaburan ini adalah tetap dan jika ini berlaku ini bukanlah pelaburan tapi riba’. Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan untung ini adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan.untuk pengetahuan pembaca, komen ini asalnya ditulis dalm blog penulis sendiri dan kemudiannya dipaste pada blog saudara yusamir, jadi beberapa format seperti url link dan quote tidak jelas, jd jika pembca tidak jelas dengan membaca komen ini, sila lawati blog saya. Yang menghairankan saya, begitu jelas sekali tuan empunya blog menulis perniagaan ini adalah riba(lengkap dengan UPPERCASE lagi), tetapi saudara anonymous dan saudara yusamir sendiri mempersoalkn adakah ada dinyatan dalam artikel asal tentang pernyataan "stromberg ini halal atau haram" adakah kerana terdapat riba yg halal atau sekurang-kurangnya makhruh meneybabkn apabila dinyatakn sesuatu itu riba tidak semestinya setuatu itu haram?dari artikel asal saudara yusamir
keduanya
tp kalo kite nk kata halal,kite kne kemukakan secara ilmiah, bukan logik akalSungguh indah sekali,tetapi malangnya dalam tak sedar, ternyata ada percanggahan dalam tulisan saudara sendiri. buktinya :
jgn melulu dgn amarah sendiri,sbb kengkadang manusia melakukan kesilapan.sbb apa?
because we are nothing to blame the imperfection.ok?
kalau nk bincangkan secara logik perkara ni,sy ada byk perkara nk ajak rakan2 fikir.bak kata org "points to ponder".bincang secara ilmiah,boleh kn?komen oleh saudara yg dinamakan Anonymous
- apakah sebenarnya yg dimaksugkn secara ilmiah itu? dengan menyatakan dalil-dalil naqli?maka jika tidak ada dalil-dalil naqli maka tidak ilmiah lah artikel tersebut? telah saya nyatakan komen saya tidak ditulis berdasarkn mana-mana kajian intensif, jadi saya tidak akan semudahnya menggunakan ayat-ayat suci Al-Quran kerana semua ayat dalam al quran adalah suci dan benar, dan penggunaan ayat tersebut dalam cara(dalam kes ini artikel) yg tidak sesuai boleh menimbulkan fitnah yg amat besar.
- adakah dengan menerangkan konsep sebenar sesuatu perkara, kita adalah melulu dengan amarah sendiri?
- jika kita tahu kita tidak perfect. kenapa kita kidak boleh menyatakan pengetahuan yang kita ada supaya jika kita salah, boleh diperbetulkn?
- "bincang secara ilmiah" apakah yg dimaksudkn dengan frasa tersebut? adakah dengan memanggil orang bergelar Dr atau Prof, dilakukan setelah dipromosikan si dalam kaca tv atau sekurang-kurangnya di central plaza dan dilakukan dengan amat formal baru dikatakn ilmiah, bagi saya ilmiah cukup setakat ape yg diperkatakan disokong dengan fakta-fakta yg jelas, jd kesimpulan nya artikel dr yusamir dan komen pertama penulis juga cukup ilmiah.
- seterusnya, adakah cukup ilmiah jika org yang berkata-kata itu tidak menyatakan siapa diri mereka? Sebab utama penulis meletakn signiture yg begitu lengkap ialah supaya pembaca dapat mengetahui siapa penulis, dapat melawat blog penulis untuk mengenali penulis serba sedikit, ingin dinyatakan disini, penulis bukan lah pendakwah sepenuh masa, dapat dilihat di blog penulis, penulis menjalani kehidupan sebagai pelajar biasa dan oleh sbb itulah penulis tidak semudahnya meletakkn ayat-ayat suci al-Quran tanpa kajian mendalam.
[Produk MLM ini mestilah dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (seperti produk yang benar-benar bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti ubat-ubatan berkualiti, unik dan lainnya). Justeru, produk MLM yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanyalah bertujuan untuk mengabui dalam undang-undang dan hukum Shariah, ia tiadalah halal di sisi Shariah. Justeru, kekuatan MLM itu ialah kepada produknya yang bermutu dan bukan kepada objektif jangka pendek mengumpul dana (modal).]
sekarang ini,persoalannya,perlu ke kita bayar RM500 untuk 2 set Stromberg (khususnya ; Stromberg Power Booster,yang harganya sekitar 70USD).kalau perlu,apa kita kaji balik apa yang UZAR cakap tu?dinyatakn oleh saudara juan1415 dan yusamir
Akhir sekali.
Dan saya sebanrnya merasa tidak senang apabila sistem ini mengunkan nama PPIM dan Ustaz zaharudin.Kerana dalam pengeahuan saya,ustaz zaharudin pun sama macam saya masih dalam pengkajian dan beliau sudah buat beberapa knyataan tentang em-pay dan sebagainya,Masakan ustaz zaharudin mnyokong ketika beliau sendiri belom pasti..Adakah ini satu penipuan diatas penipuan?saudara yusamir
Sila layari http://www.mus
Juga tertarik dengan kata "alhamdulilah kerana usaha saya untuk menyedarkan pelajar2 mmu berfikir telah tercapai" bg saya ini bukn boleh dikatan kejayaan lagi memandangkn berdasarkn komen dan artikel yg ditulis, begitu banyak percanggahan yg tidak sepatutnya dilakukn oleh orang yg berfikir secara mendalam.
Bagi yang telah biasa berurusan dengan penulis, tentu pernah mendengat " dont get all mad with me when im wrong, just prove to me that im wrong" kerana penulis juga bencikn kemungkaran
Sekian terima kasih, wassalam
Segala yang baik dari Allah S.W.T manakala yang buruk itu juga dari Allah S.W.T yang disandarkan pada kelemahan insan seperti penulis.
BADRUZ NASRIN BIN BASRI
Students' Representative Council 06/07
MMU Cyberjaya
013-5102294
badruz@mmu.edu.my | badruz_87@yahoo.com | dominggo@gmail.com
http://dominggo.blogspot.com/


2 comments:
salam..bad,saye nak tau..dalam article awk nie..sy xbape jelas ..penulis it dituju pd diri awk sdri ke??dan..saya nak tau..awk sependapat dengan yus atau sebaliknye??syukran(^_^)
salam..kepada aisyahimerah, terus terang, artikel ini bukan untuk menyatakan pendapat, tapi tuk melengkapkan artikel yus yang tidak lengkap, kerana tidak patut menyatakan mengenai sesuatu tetapi tidak dinyatakan segala fakta yg berkaitan. PEnulis ditujukn kepada org yang menulis, saya la =P tetapi boleh dikatan pendapat saya dgn yus agak tidak sealiran.
Post a Comment