Assalamulaikum

Alhamdulillah, penulis kagum dengan usaha tuan empunya blog dalam menghasilkan artikel ini, lengkap dengan hasil siasatan yang telah menukar pandangan penulis yang selama ini beranggapan amat sukar mencari pelajar universiti multimedia(lagi-lagi dari kampus cyberjaya) yang berusaha keras untuk tergolong sebagai pemikir dan bukan hanya berusaha untuk tergolong dalam golongan pekerja.

Jika diamati artikel dari tuan empunya blog ini,lebih 80% dari keseluruhan artikel menerangkan dengan begitu terperinci sekali maksud riba(begitu lengkap sekali,Syabas kepada saudara Yusamir!!) dan mengapa tuan empunya blog berangapan perniagaan yang dibawa oleh jai network ialah riba. Sebenarnya, sebelum tuan punya blog ini adalah sahabat kepada penulis sendiri dah telah menjempun penulis untuk membaca hasil kajian yang dibuat oleh saudara Yusamir. Jelas sekali pada masa saudara yusamir menjemput penulis membaca artikel ini, telah timbul pertentangan pendapat antara saudara Yusamir dengan penulis. Tetapi pengalaman penulis berurusan dengan pelbagai golongan pelajar dan pelbagai golongan akademik menyebabkan penulis tidak menyatakan pendapat penulis pada masa tersebut kerana mengetahui saudara yusamir akan menghadiri taklimat yang dibuat dibuat boleh beberapa saudara saya dari University Multimedia kampus Melaka yang terdiri dari golongan pemimpin pelajar(dari kalangan AJK tertinggi institusi Usrah Melaka sendiri,maaf kerana tidak mengunakan "golongan berstatus dalam organisasi Islam" kerana penulis percaya,jika kita mahu bercakap mengenai kebenaran, maka setiap perkara perlu dinyatan dengan jelas),saya percaya saudara Yusamir akan menukar pendapatnya setelah mendengar taklimat tersebut.Bagaimanapun penulis sendiri tidak pasti sama ada saudara telah mendengar taklimat tersebut sehingga ke penghabisan kerana penulis terpaksa bergegas ke tempat lain kerana ada hal lain yang lebih penting.Sebaik penulis pulang kerumah, penulis terus membaca artikel ini dengan harapan saudara yusamir telah melakukan pindaan terhadap artikel yang ditulisnya.Tetapi ternyata tuan empunya blog ini lebih yakin dengan kajian yg dibuatnya selama semalam berbanding taklimat yang didengarnya(atau beliau juga tidak mendengar taklimat tersebut sehingga ke penghabisan)

Pertama sekali, penulis memohon maaf kerana komen ini bukan ditulis hasil dari sebarang kajian intensif. Cuma ditulis berdasarkan pengetahuan sedia ada hasil dari kajian yang dibuat sebelum penulis menyertai konsep stromberg ini, jadi komen penulis tidaklah komprehensif seperti artikel saudara Yusamir. Keduanya, pada pendapat saya saudara yusamir telah melakukan kajian yang meluas terhadap semua MLM yang terdapat di Malaysia tetapi, kajian yang meluas sebegitu menyebabkan saudara tidak begitu memahami consep dalam Jai network ini.

Misalnya pelaburan Stromberg,mereka menjanjikan pulangan tetap iaitu jika melabur Rm 1000 maka pulangan sebanyak Rm 2000 dalam masa 8 bulan (precentage 200% pulangan setiap pembelian lot-lot ini).Ini bermakna pelaburan ini adalah tetap dan jika ini berlaku ini bukanlah pelaburan tapi riba’. Secara sepakat ulama Shariah silam dan kontemporari, jaminan untung ini adalah namanya RIBA dan bukan pelaburan.


Pernyataan tersebut jelas menunjukkan betapa penulis tidak memahami konsep sebenar yang dibawa jai network ini. Ini kerana dalam konsep yang dibawa Jai Network, tiada istilah "lot" kerana ini merupakan jual beli, bukannya pelaburan seperti yang dinyatakan oleh saudara Yusamir dan barang yang diniagakan ialah Stromberg iaitu penjimat minyak yang dijual secara set-set. Setiap set stromberg ini dijual dengan harga RM250 kepada sesiapa yang berminat. Saya tidak menyalahkan saudara kerana salah tanggapan yang berlaku. Penulis sendiri beberapa kali menolak untuk menyertai sistem ini kerana tanggapan yang sama dengan saudara Yusamir. Ini kerana cara yang dibawa oleh mereka-mereka yang telah menyertai sistem ini tidak ubah seperti yang dibawa oleh sistem MLM yang lain iaitu "gandakan wang anda tanpa perlu bersusah payah" . Oleh itu saya ingin nyatakan disini jumlah minima yang diperlukan untuk menyertai system ini berserta dengan keterangan lengkap :

  • Jumlah Minima RM1580
    • Rm 1000 = 4 set stromberg (4 X 250)
      RM 1000 inilah yang dikatakan RIBA oleh saudara yusamir. Ingin ditimbulkan disini, sejauh mana saudara memahami konsep perbankan islam(contohnya pinjaman perumahan oleh bank islam) ? Bank islam turut pinjaman perumahan yang telah diiktiraf bersih dari riba. Bagaimana pinjaman perumahan ini dilakukan, caranya ialah - contohnya rumah tersebut berharga RM350k , Pihak bank akan membeli rumah tersebut dan menjual kepada peminjam dengan harga RM385k dan peminjam diberi tempoh masa selama beberapa tahun untuk membayar RM385k tersebut. Jelas tiada unsur riba bukan, saudara yg telh terlibat dengan perniagaan tentu tahu jika kita membeli barangan(rantai kunci contohnya) dari pembekal dengan harga rm 2 contohnya, kita berhak menjual kepada penguna dengan harga rm2.5 malah rm3. Itu tidak dikatakan riba bukan? dan kita boleh menetapkan bila penguna perlu membuat bayaran bukan? Nah, inilah yang dilakukn dalam Jai Network. RM 1000 ini merupakan kita membeli 4 set stromberg dari Bagai Wangsa Sdn. Bhd.(anak syarikat Jai Holding Bhd yang merupakan pengimport produk dari german ini) click disini untuk melihat perjanjian membeli produk dari Bagai Wangsa Sdn. Bhd.
      Kemudian, 4 set produk stromberg yang telah menjadi milik peserta, dijual pula kepada Jai Network Sdn Bhd(anak syarikat Jai Holding Bhd yang merupakan pengedar barangan tersebut di Malaysia, Thailand dan Indonesia) click disini untuk melihat perjanjian menjual produk kepada Jai Network Sdn Bhd. dalam perjanjian ini peserta yang merupakan pemilik produk tersebut menjual barang kepada Jai Network Sdn Bhd dengan harga RM2000 dan menetapkan tempoh 8 bulan sebagai tempoh Jai Network Sdn Bhd membayar secara ansuran sebanyak RM2000 tersebut. Nah! dimanakah terdapat unsur-unsur riba dalam dua jual beli ini?
    • RM500 = Dua set stromberg yang akan diberi kepada peserta selepas membuat bayaran. Maknanya disini kita membeli 2 set stromberg yang berharga RM250 setiap satu. Adakah membeli barangan juga dikatan riba?
    • RM50 = Yuran pendaftaran untuk menyertai system ini. Peserta skim ini akan diberi beberapa kemudahan lain seperti kursus dll, adakan yuran penyertaan boleh disalah ertikan sebagai riba?
    • RM30 = RM10 X 2(Setem pada dua kertas perjanjian jual beli yg dibuat,kertas perjanjian ini diurus oleh firma guaman sah yang dilantik oleh Jai Holding bhd) dan RM10 lagi adalah harga untuk kedua-dua kertas perjanjian tersebut.
  • bayaran RM500 dan M 50 tersebut adalah sekali seumur hidup, dah setiap kali peserta ingin membuat pelaburan tambahan (dalam gandaan RM1000) , RM 30 akan dikenakan sebagai caj pengurusan.
  • juga terdapat akad antara wakil dari pihak Jai Holding dangan peserta dalam jual beli tersebut, click disini untuk melihat akad jual beli tersebut.
Diharapkan penerangan saya cukup lengkap untuk membetulkan tanggapan yang pada pendapat saya tidak patut ada pada seorang pelajar selalu berhati-hati dalam menyatakan pendapat. Kerana pendapat yang salah boleh menimbulkan masalah yang amat besar terutamanya dari segi hubungan kita sesama islam. Hendaklah kita ingat bersama, jangan lah kita mengharamkan sesuatu yang halal, dan meghalalkan sesuatu yang haram.

Sekian terima kasih, wassalam

Segala yang baik dari Allah S.W.T manakala yang buruk itu juga dari Allah S.W.T yang disandarkan pada kelemahan insan seperti penulis.

BADRUZ NASRIN BIN BASRI
Students' Representative Council 06/07
MMU Cyberjaya
013-5102294
badruz@mmu.edu.my | badruz_87@yahoo.com | dominggo@gmail.com

**comment kepada artikel Pelaburan islam yang tidak islam oleh saudara yusamir di http://ibnuyusofaljohori.blogspot.com/

1 comments:

Anonymous said...

Aslamualaikom..respon saya kembali tentang artikel saya yag lepas boleh di bca di blog saya http://ibnuyusofaljohori.blogspot.com